Mak Wan dan Koleksi Idaman Wanita telah menerima ziarah dan lawatan Muhibbah para pelancong dari Singapura iaitu dari Maktab Perguruan Singapura yang dibawa khas oleh Pak Wel, pemandu pelancong dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Terima kasih kerana sudi datang dan melawat kilang kami dan juga terima kasih daun keladi kerana sudi membeli dan membawa balik pelbagai produk-produk Minyak Ubat dan Urut MW Mak Wan untuk dijadikan hadiah dan ole-ole di Singapore.
Terima kasih juga kepada Encik Ismail bin Haji Chik atau Pak Mail / Pak Wel, pemandu pelancong dari Kementerian Pelancongan Malaysia kerana sudi membawa rombongan guru-guru dan pensyarah-pensyarah dari Maktab Perguruan Singapura ke kilang Mak Wan. Mengikut Pak Mail, rombongan guru-guru dan pensyarah-pensyarah ini sendiri yang ingin dan meminta untuk dibawa melawat ke kilang MW Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita yang merupakan satu-satunya Kilang Ubat Tradisional yang bertaraf GMP dari KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia di Terengganu dan juga mendapat status Halal JAKIM. Terima kasih daun keladi ... In Sha Allah lain kali ketemu lagi. Jemput datang lagi di lain waktu dan di lain masa ya !
MW Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita telah menyertai Ekspo Terengganu 2018 baru-baru ini selama seminggu iaitu pada 25 Febuari hingga 3 Mac 2018, Ahad hingga Sabtu, bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu 2018 di Gong Badak, Terengganu Darul Iman dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Alhamdulillah terima kasih banyak2 kepada semua pengunjung booth dan gerai kami nombor 66, para pembeli dan juga peminat-peminat dan pengguna-pengguna setia Minyak Ubat dan Urut keluaran MW Mak Wan.
Kilang Ubat Tradisional MW Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita menerima lawatan 3 orang wakil dari Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak ( UniKL ), Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada Khamis, 7 hb September 2017 iaitu Encik Ahmad Zakuan bin Khairuddin, Deputy Director, International, Industrial & Institutional, Partnership ( IIIP ) Division dan Senior Lecturer, Bachelor of Pharmacy ( Hons ), Faculty of Pharmacy & Health Sciences UniKL, Kapten Bersekutu ( PA ) Nor Azizi bin Saad, Executive Indsutrial Linkages ( IL ) Department, International, Industrial Institutional Partnership ( IIIP ) Division, UniKL dan Encik Azmi. Terima kasih di atas penghargaan yang diberi.
Latihan Praktikal atau Latihan Industri bersama MW Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita dari pelajar UITM Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan iaitu Nurul Hafizah binti Ahmad Kamal dari Fakulti Farmasi tahun 3. Latihan Praktikal atau Latihan Industri ini berlansung dari 24 Julai 2017 hingga 1 september 2017.Alhamdulillah .. Latihan Industri ini telah berlansung dengan jayanya dan sekalung tahniah dan syabas kepada Nurul Hafizah binti Ahmad Kamal kerana telah berjaya memenuhi kehendak dan sasaran syarikat. Nurul Hafizah binti Ahmad Kamal adalah seorang yg rajin, tekun, sopan santun, berbudi bahasa, mudah faham apa yang diajar, mudah mesra, berani serta tidak lokek untuk melakukan tugasan apabila disuruh. Alhamdulillah.
Timbalan Dekan ( Akademik & Kualiti ) Fakulti Farmasi, UITM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam iaitu Dr. Nor Amlizan Ramli juga telah melakukan lawatan industri ke Kilang MW Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita pada 24 Ogos 2017, Khamis. Tujuan lawatan insdustri ini adalah untuk memantau dan menilai prestasi pelajar Sarjana Muda ( Kepujian ) Farmasi ( PH 240 ) Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA ( UITM ).
Latihan Praktikal dalam bidang marketing - MW Mak Wan atau K.I.W. - Koleksi Idaman Wanita dan 5 orang pelajar-pelajar iaitu iaitu Nor Safwan Hadi bin Nor Afendi, Muhammad Huzaifah bin Husin, Muhamad Faiz bin Aziz, Muhamad Faiq bin Razali dan juga Nawfal Akram bin Morazuki dari Fakulti Pharmacy And Health Sciences, Fakulti Sains Farmasi dan Sains Kesihatan, Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak (RCMP), Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Alhamdulillah ... latihan dalam bidang pemasaran ini berlansung dgn jayanya dari 2 Mei 2017 hingga 11 Mei 2017. Syabas dan sekalung tahniah kpd Hadi, Huzaifah, Faiz, Faiq dan jg Nawfal.