Thursday, 15 March 2018


     Mak Wan dan Koleksi Idaman Wanita telah menerima ziarah dan lawatan Muhibbah para pelancong dari Singapura iaitu dari Maktab Perguruan Singapura yang dibawa khas oleh Pak Wel, pemandu pelancong dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Terima kasih kerana sudi datang dan melawat kilang kami dan juga terima kasih daun keladi kerana sudi membeli dan membawa balik pelbagai produk-produk Minyak Ubat dan Urut MW Mak Wan untuk dijadikan hadiah dan ole-ole di Singapore.
 

     Terima kasih juga kepada Encik Ismail bin Haji Chik atau Pak Mail / Pak Wel, pemandu pelancong dari Kementerian Pelancongan Malaysia kerana sudi membawa rombongan guru-guru dan pensyarah-pensyarah dari Maktab Perguruan Singapura ke kilang Mak Wan. Mengikut Pak Mail, rombongan guru-guru dan pensyarah-pensyarah ini sendiri yang ingin dan meminta untuk dibawa melawat ke kilang MW Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita yang merupakan satu-satunya Kilang Ubat Tradisional yang bertaraf GMP dari KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia di Terengganu dan juga mendapat status Halal JAKIM. Terima kasih daun keladi ... In Sha Allah lain kali ketemu lagi. Jemput datang lagi di lain waktu dan di lain masa ya ! 






No comments:

Post a Comment