PROFIL

Rangkaian produk Minyak Urut Mak Wan telah wujud sejak September 2005 dan beroperasi di Chendering.
Perniagaan ini merupakan generasi keluarga dan kini telah diwarisi oleh lima generasi.
Ramuan yang digunakan dalam membuat minyak urut ini 100% dari bahan semula jadi dan tidak melibatkan sebarang bahan kimia.
Sebelum pengusaha, Mak Wan berjaya dalam perniagaan ini, beliau telah menceburkan diri dalam perniagaan jualan langsung seperi mejnual kain, pinggan mangkuk, karpet dan pernah juga menjadi agen produk AVON. akhirnya beliau menceburkan diri dalam perniagaan minyak urut ini dan kekal sehingga kini.
Untuk memasarkan produk ke pasaran yang lebih meluas, Mak Wan berusaha untuk mendapatkan sijil-sijil yang penting supaya pengguna berasa selamat dan tidak ragu-ragu untuk menggunakan produk beliau. Antaranya ialah sijil GMP (Amalan Perkilangan Baik), mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan juga memperoleh sijil HALAL Malaysia.