Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Terengganu telah dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA). Karnival ini berlangsung baru-baru ini bermula pada 23 Julai hingga 28 Julai 2011selama enam hari bertempat di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. Produk minyak urut Mak Wan turut bersama-sama mengikuti karnival ini bagi mempromosikan produk kepada orang ramai. Sambutan dari pengunjng sangat menggalakkan ditambah dengan potongan harga yang ditawarkan kepada para pelanggan. Rata-rata pengguna setia tidak melepaskan peluang untuk membeli minyak urut ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di pasaran. Pengguna baru juga berjaya ditarik untuk memakai produk ini.
menarik pelanggan |
memberi penerangan kepada pelanggan tentang kegunaan produk |
bersama Mak Wan di 'booth' |
'pamplet' terbaru minyak urut MW |
No comments:
Post a Comment