Thursday, 15 December 2011

Dhab dan Keistimewaannya

Dhab ialah sejenis haiwan reptilia yang hidup di padang pasir yang kering dan tandus di negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Arab Saudi, Jordan, Syria, Kuwait, Qatar, Libya dan lain-lain lagi. Persekitaran yang cukup mencabar di padang pasir menjadikan dhab sejenis haiwan yang mempunyai kemampuan dan ketahanan hidup yang sungguh mengkagumkan. Haiwan ini sangat lasak dan mampu hidup tanpa air dalam jangkamasa yang lama. Dhab juga tidak memakan bangkai, benda-benda kotor dan haiwan sejenisnya.

Dhab mempunyai usia yang panjang. Menurut Ulama seperti Ibnu Kholawaih , dhab mampu hidup di antara 300-700 tahun. Dhab juga boleh bertukar jantina setiap 6 bulan sekali. Dhab juga hanya membuang air kecil setitik sahaja dalam masa 40 hari.  Haiwan ini jika disembelih  boleh mengambil masa selama 1-5 hari untuk mati.

Daging dhab adalah panas dan kering serta boleh menguatkan tenaga batin. Apabila ianya di tanah dan diletakkan di atas duri yang menusuk kulit seseorang, ia akan mengesktrak duri tersebut serta menyerap bisa duri tersebut.

Beberapa contoh gambar dhab, sejenis biawak ekor berduri yang boleh ditemui di padang pasir, yang diburu dan dimakan oleh orang-orang Arab, kakinya adalah sangat kuat., dhab boleh melekat pada objek seperti gam, seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah masyarakat Arab, mereka menggunakan dhab sebagai sokongan tergantung  untuk memanjat dinding rumah, dengan meletakkan tali pada dhab dan membuang haiwan itu di atas bumbung.

Hari ini Rangkaian Produk Minyak Urut Tradisional Mak Wan (MW) telah memperkenalkan Minyak Ramuan Dhab yang cukup berkesan ... Insha-Allah mujarab, serta sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk pelbagai tujuan.

KHASIAT MINYAK RAMUAN DHAB

- Melegakan lenguh-lenguh dan sakit badan, sakit urat, kebas badan dan kaki, kejang otot, terseliuh dan sengal tulang.

- Sangat sesuai untuk memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Baik sebagai ubat barut wanita yang baru bersalin dan menyegarkan badan.

- Mengurangkan sakit senggugut dan aturan haid yang tidak teratur. Melegakan letih, lesu, kencing tidak lawas, penyakit angin dan medu, luka dan gigitan serangga serta nyamuk.

- Untuk kegunaan sebelum dan selepas bersukan. Melegakan sakit kepala, rasa mual, loya, muntak, mabuk kenderaan dan ketegangan semasa memandu.

- Baik untuk kanak-kanak yang kencing malam, sakit perut, senak perut dan sesak nafas. Untuk kanak-kanak, caranya hanya lumur nipis sahaja pada mereka agar mereka tidak merasa panas atau pedih, kerana sifat dhab yang berhaba atau panas.

-Baik untuk kegunaan kaum lelaki.

- Disapu / diurut di tempat sakit. Contoh badan, ari-ari, perut, belakang, betis dan tapak kaki.

- Semua produk Rangkaian Minyak Urut Tradisional Mak Wan (MW) adalah UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA.

No comments:

Post a Comment