Monday, 31 August 2015

    Seminar RTC Kawalan Ubat Tradisional Dan Produk Kosmetik 2015 (Zon Timur) oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk usahawan RTC dan Pengilang Ubat Tradisonal dan Kosmetik yang terletak di Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) yang diadakan di Grand Riverview Hotel, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada 11-12 Ogos 2015. Seramai 2 orang wakil syarikat Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita (K.I.W.) telah menyertai kursus ini, iaitu Muhd. Badrulhisham bin Sulaini dan Abdul Rahman Aiman bin Rosli.

    Bengkel ini adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kawalan ubat tradisonal dan produk kosmetik di Malaysia, memberi kemahiran asas kepada para peserta mebuat pendaftaran ubat tradisional dan notifikasi produk kosmetik di atas talian dan juga memberi kefahaman asas berkaitan keperluan Amalan Perkilangan Baik dan Amalan Edaran Baik. 


   













No comments:

Post a Comment