Wednesday, 30 September 2015

Kunjungi dan dapatkan produk-produk Minyak Ubat dan Urut Tradisional keluaran Mak Wan dan juga produk-produk keluaran Lawi Teja di MATRADE Pavilion di Ekspo Herbal Asia 2015 ... di booth kami bernombor E 316 dan juga di gerai FAMA ... semua dijemput hadir.    
                
       Hari: Khamis, Jumaat & Sabtu         
       Tarikh: 1, 2 & 3 Oktober 2015          
       Tempat: MATRADE Exhibition & Convention Centre,                               Kuala Lumpur, Malaysia.













Friday, 4 September 2015



Latihan Praktikal atau Latihan Industri dari Pelajar-pelajar UITM, Puncak Alam, Selangor

Kumpulan kedua, iaitu seramai 6 orang pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UITM) iaitu Abdul Rahman Aiman bin Rosli, Muhd Badrulhisham bin Sulaini, Nur Amirah binti Apidi, Nurul Aina binti Jusoh @ Mohd, Nurul Haswani binti Embong dan Puteri Nurul Syahirah binti Md. Dan telah menyertai dan menjalani sesi Latihan Industri Untuk Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Farmasi (PH210) Fakulti Farmasi, UITM Kampus Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan. 

Latihan Industri bagi subjek PHC 555 : Industrial Attachment ini telah bermula pada 13 Julai hingga 4 September 2015 iaitu selama 8 minggu. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang industri pembuatan khususnya yang melibatkan ubat-ubatan dan  juga GMP ( Good Manufacturing Practice ).

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua para pelajar Latihan Industri -K.I.W. ( Koleksi Idaman Wanita) ini yang telah menjalani latihan kursus ini dengan penuh berdedikasi, bersemangat  dan maju jayanya, alhamdulillah. Tahniah !












































Latihan Praktikal atau Latihan Industri dari Pelajar-pelajar CUCMS

 Sebanyak dua kumpulan pelajar-pelajar  telah menjalani Latihan Praktikal atau Latihan Industri  di kilang Mak Wan baru-baru ini.  Seramai 5 orang pelajar-pelajar atau kumpulan pertama dari Cyberjaya University College of Medical Sciences ( CUCMS ), Cyberjaya iaitu Nor Aishah binti Abdul Manam, Nurul Amira binti Mat Jusoh, Farhana binti Mohd. Pauzi, Nur Nadhirah binti Azmi dan Muhammad Faiz bin Nordin telah menyertai dan menjalani sesi latihan praktikal atau Industrial Training di Kilang Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita. Sesi Latihan Industri ini telah bermula dari 14 Jun sehingga 15 Julai 2015. Mak Wan dan Koleksi Idaman Wanita mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada para peserta latihan ini semua kerana telah berjaya menjalani latihan praktikal ini dengan penuh berdedikasi, berhemah dan maju jayanya. Jazaakumullahu khairul jazaak ! Tahniah !







\