Friday, 4 September 2015
Latihan Praktikal atau Latihan Industri dari Pelajar-pelajar UITM, Puncak Alam, Selangor
Kumpulan kedua, iaitu seramai 6 orang pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UITM) iaitu Abdul Rahman Aiman bin Rosli, Muhd Badrulhisham bin Sulaini, Nur Amirah binti Apidi, Nurul Aina binti Jusoh @ Mohd, Nurul Haswani binti Embong dan Puteri Nurul Syahirah binti Md. Dan telah menyertai dan menjalani sesi Latihan Industri Untuk Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Farmasi (PH210) Fakulti Farmasi, UITM Kampus Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan.
Latihan Industri bagi subjek PHC 555 : Industrial Attachment ini telah bermula pada 13 Julai hingga 4 September 2015 iaitu selama 8 minggu. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang industri pembuatan khususnya yang melibatkan ubat-ubatan dan juga GMP ( Good Manufacturing Practice ).
Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua para pelajar Latihan Industri -K.I.W. ( Koleksi Idaman Wanita) ini yang telah menjalani latihan kursus ini dengan penuh berdedikasi, bersemangat dan maju jayanya, alhamdulillah. Tahniah !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment