Tuesday, 27 December 2011

Minyak Urut Mak Wan ke Pasaran Luar Negara

Minyak Urut Mak Wan ke pasaran luar negara ...

Program Halal Malaysia Negeri Terengganu

Pada 20 - 21 November baru-baru ini telah berlansungnya Program Halal Negeri Terengganu 2011. Mak Wan dan Koleksi Idaman Wanita turut menyertai program ini. Untuk makluman semua, program ini telah berlansung di Dewan Konvensyen Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu. Program ini telah dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Jabatan Standard Malaysia, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, SME Corporation Malaysia, Biro Korporat Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan diuruskan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Johor.


Mak Wan bersama dengan Y.B. Dato Habsah, Pengarah SME Corporation (dua dari kiri) dan rakan -rakan usahawan.

Tuesday, 20 December 2011

KARNIVAL HIJRAH BERSAMA TV AL-HIJRAH DI TERENGGANU

KARNIVAL HIJRAH BERSAMA TV AL-HIJRAH DI TERENGGANU

Semua dijemput hadir.
Tarikh : 22, 23 & 24 Disember 2011 ( Khamis, Jumaat & Sabtu )
Tempat : Dataran Syahbandar , Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
 
 
 




Thursday, 15 December 2011

Dhab dan Keistimewaannya

Dhab ialah sejenis haiwan reptilia yang hidup di padang pasir yang kering dan tandus di negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Arab Saudi, Jordan, Syria, Kuwait, Qatar, Libya dan lain-lain lagi. Persekitaran yang cukup mencabar di padang pasir menjadikan dhab sejenis haiwan yang mempunyai kemampuan dan ketahanan hidup yang sungguh mengkagumkan. Haiwan ini sangat lasak dan mampu hidup tanpa air dalam jangkamasa yang lama. Dhab juga tidak memakan bangkai, benda-benda kotor dan haiwan sejenisnya.

Dhab mempunyai usia yang panjang. Menurut Ulama seperti Ibnu Kholawaih , dhab mampu hidup di antara 300-700 tahun. Dhab juga boleh bertukar jantina setiap 6 bulan sekali. Dhab juga hanya membuang air kecil setitik sahaja dalam masa 40 hari.  Haiwan ini jika disembelih  boleh mengambil masa selama 1-5 hari untuk mati.

Daging dhab adalah panas dan kering serta boleh menguatkan tenaga batin. Apabila ianya di tanah dan diletakkan di atas duri yang menusuk kulit seseorang, ia akan mengesktrak duri tersebut serta menyerap bisa duri tersebut.

Beberapa contoh gambar dhab, sejenis biawak ekor berduri yang boleh ditemui di padang pasir, yang diburu dan dimakan oleh orang-orang Arab, kakinya adalah sangat kuat., dhab boleh melekat pada objek seperti gam, seperti yang biasa dilakukan oleh sesetengah masyarakat Arab, mereka menggunakan dhab sebagai sokongan tergantung  untuk memanjat dinding rumah, dengan meletakkan tali pada dhab dan membuang haiwan itu di atas bumbung.

Hari ini Rangkaian Produk Minyak Urut Tradisional Mak Wan (MW) telah memperkenalkan Minyak Ramuan Dhab yang cukup berkesan ... Insha-Allah mujarab, serta sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat untuk pelbagai tujuan.

KHASIAT MINYAK RAMUAN DHAB

- Melegakan lenguh-lenguh dan sakit badan, sakit urat, kebas badan dan kaki, kejang otot, terseliuh dan sengal tulang.

- Sangat sesuai untuk memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Baik sebagai ubat barut wanita yang baru bersalin dan menyegarkan badan.

- Mengurangkan sakit senggugut dan aturan haid yang tidak teratur. Melegakan letih, lesu, kencing tidak lawas, penyakit angin dan medu, luka dan gigitan serangga serta nyamuk.

- Untuk kegunaan sebelum dan selepas bersukan. Melegakan sakit kepala, rasa mual, loya, muntak, mabuk kenderaan dan ketegangan semasa memandu.

- Baik untuk kanak-kanak yang kencing malam, sakit perut, senak perut dan sesak nafas. Untuk kanak-kanak, caranya hanya lumur nipis sahaja pada mereka agar mereka tidak merasa panas atau pedih, kerana sifat dhab yang berhaba atau panas.

-Baik untuk kegunaan kaum lelaki.

- Disapu / diurut di tempat sakit. Contoh badan, ari-ari, perut, belakang, betis dan tapak kaki.

- Semua produk Rangkaian Minyak Urut Tradisional Mak Wan (MW) adalah UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA.

Tuesday, 13 December 2011

Tips Penggunaan Rangkaian Produk Minyak Ubat / Urut & Sapu Mak Wan (MW)

Tips Penggunaan Rangkaian Produk Minyak Ubat /Urut & Sapu Mak Wan (MW)

 
1. Melegakan pening dan sakit kepala, mengurangkan mabuk, loya dan tekanan semasa perjalanan jauh.
     - Sapu dan gosok di dahi serta belakang tengkuk.

2.  Melegakan sakit, kembung perut, cirit birit dan senggugut wanita dalam haid.
    - Sapu dan gosok pada belakang perut, tapak kaki dan pinggang.

3. Melegakan selsema dan hidung tersumbat.
    - Hidu atau lumur nipis di bawah hidung.

4. Mengurangkan kencing malam / kerap kencing di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
    - Sapu dan gosok di perut dan ari-ari.

5. Mengeringkan luka dan agar cepat bertakup.
    - Sapu di tempat atau kawasan sekitar luka sebelum terkena air.

6. Mengurangkan lelah dan sesak nafas.
    - Sapu di dada, leher dan belakang.

7. Ubat barut perempuan bersalin, mengecut dan memanaskan rahim.
    - Sapu dan gosok di perut dan pinggang.

8. Mengurangkan dan melegakan bisa gigitan serangga.
    - Sapu di tempat yang digigit.

9. Mengurangkan bisa terkena duri termasuk duri kelapa sawit.
    - Sapu di kawasan yang terlibat.

10. Mengurangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
    - Sapu dan urut di kaki, pinggang dan belakang.

11. Melegakan batuk.
    - Sapu dan gosok di leher, dada dan tengkuk.

12. Melegakan saraf dan melancarkan perjalanan darah.
    - Sapu di kawasan yang berkenaan.

13. Sesuai digunakan sebelum dan selepas bersukan.
    - Sapu di kawasan yang berkenaan seperti kaki, tapak kaki, betis, lutut dan sebagainya.

14. Meredakan kesakitan sebelum bersalin.
    - Sapu pada kawasan berkenaan termasuk tapak kaki.

Friday, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah

Assalamu'laikum warahmatullahi wa barakatuh kepada semua pembaca blog minyak urut Mak Wan yang beragama Islam sekalian dan para pembaca budiman sekalian, di kesempatan yang ada ini Mak Wan dan Koleksi Idaman Wanita ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah. Selamat menyambut Hari Raya Haji kepada semua umat Islam dan semoga Aidiladha yang datang kali ini membawa seribu erti pengorbanan yang sebenarnya dan hakiki kepada kita semua .. Insha-Allah, Amin. Selamat Hari Raya Korban. Kullu 'Aam Wa Antum Bikhair !

Bengkel Pendaftaran Produk & Kosmetik

 Pada 26 hb September 2011 baru-baru ini, bertempat di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Kuala Terengganu, dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang, telah berlansungnya Bengkel Pendaftaran Produk & Kosmetik anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu.

 Dalam bengkel tersebut, Mak Wan telah dijemput untuk memberikan sedikit ceramah tentang pengalaman dan penglibatan di dalam perusahaan Minyak Urut Tradisional hingga tertubuhnya Kilang Koleksi Idaman Wanita bertaraf GMP ( Good Manufacturing Practice ) dan mendapat status Sijil Halal. Pada tahun 2008, sempena Maal Hijrah, Mak Wan telah dianugerahkan Tokoh Produk Halal Terbaik Negeri Terengganu. Pada 2010, Mak Wan telah dianugerahkan Naib Johan Usahawan Asas Jaya Tani Peringkat Kebangsaaan anjuran Jabatan Pertanian Malaysia. Koleksi Idaman Wanita merupakan satu-satunya Kilang Ubat Tradisional yang ada di Kuala Terengganu.d...an mendapat status Sijil Halal. Pada tahun 2008, sempena Maal Hijrah, Mak Wan telah dianugerahkan Tokoh Produk Halal Terbaik Negeri Terengganu. Pada 2010, Mak Wan telah dianugerahkan Naib Johan Usahawan Asas Jaya Tani Peringkat Kebangsaaan anjuran Jabatan Pertanian Malaysia. Koleksi Idaman Wanita merupakan satu-satunya Kilang Ubat Tradisional yang ada di Kuala Terengganu.

Mak Wan memberikan ceramah.

Para peserta yang hadir.

Para peserta yang hadir.

Perbentangan Akhir SME - UNIVERSITY INTERNSHIP PROGRAMME


Bergambar beramai-ramai bersama Y.Bhg. Dato' Naib Canselor UniSZA, Pengarah Pusat Keusahawanan, Y.Bhg. Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, UniSZA, Y.Brs. Timbalan Ketua Eksekutif (Perlaksanaan) SME Corp Malaysia, para Usahawan-usahawan, para pensyarah dan para pelajar yang terlibat.



Mak Wan memberikan serba sedikit ucapan dan syarahan.

Penyampaian hadiah dan cenderahati.

Bersama Mak Wan, para pelajar Fast Consultant Group dan pensyarah bergambar kenangan.

Monday, 12 September 2011

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011

Temui kami dan dapatkan produk-produk bermutu dari kami di Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011, bertempat di Putrajaya Persint 2 , Laman Malaysia dari 21 - 25 hb September 2011, di Booth kami bernombor B 196 Zon B dari jam 10 pagi - 10 malam ! Jumpa di sana !




Thursday, 25 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam..
kepada pembaca blog dan pengguna2 minyak urut MW, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..semoga raya kali ini memberi makna kepada semua dan berhati-hati pulang ke kampung..ingat lah orang tersayang..=)


Sunday, 14 August 2011

Produk BARU

Salam kepada pembca.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang semakin tiba ke penghujung.
Entry kali ini untuk memperkenalkan produk terbaru dari rangkaian Minyak Urut Mak Wan, Balm Herba.
Balm Herba ini boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala, mual, sakit perut, gatal-gatal gigitan serangga, sendi dan juga boleh digunakan untuk lenguh-lenguh badan. Bam ini adalah bam panas dan hangat. Untuk kegunaan luar dan orang dewasa sahaja. For external used only. For adult use only.
Dapatkan produk terbaru kami di pasaran.


Friday, 5 August 2011

Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Karnival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Terengganu telah dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA). Karnival ini berlangsung baru-baru ini bermula pada 23 Julai hingga 28 Julai 2011selama enam hari bertempat di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. Produk minyak urut Mak Wan turut bersama-sama mengikuti karnival ini bagi mempromosikan produk kepada orang ramai. Sambutan dari pengunjng sangat menggalakkan ditambah dengan potongan harga yang ditawarkan kepada para pelanggan. Rata-rata pengguna setia tidak melepaskan peluang untuk membeli minyak urut ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di pasaran. Pengguna baru juga berjaya ditarik untuk memakai produk ini.


menarik pelanggan

memberi penerangan kepada pelanggan tentang kegunaan produk

bersama Mak Wan di 'booth'

'pamplet' terbaru minyak urut MW

Karnival Produk Muslim, Kuala Terengganu



Pada 30 Mei hingga 3 Jun 2011 telah diadakan Karnival Produk Muslim di Sabasun Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Karnival yang berlansung selama lima hari dianjurkan oleh Sabasun HypeRuncit sempena mempromosi dan menjual produk muslim dan halal. Produk minyak urut MW turut mengambil bahagian dalam memasarkan produk kepada orang ramai. Turut membantu menjual di karrnival ini ialah para pelajar dari UniSZA. Rata-rata pengunjung yang datang dan embeli minyak urut MW adalah pelanggan setia. Terima Kasih atas sokongan anda selama ini.=)



Antara produk minyak urut MW yang dijual
'Karnival Produk Muslim'


Antara produk-produk muslim dan halal yang dijual di karnival

Penglibatan pelajar UniSZA dalam membantu perusahaan minyak urut MW

Salam kepada semua...
Entry kedua kali ini tentang penglibatan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang membantu perusahaan minyak urut MW. Seramai tujuh orang pelajar UniSZA program Ijazah Sarjana Muda telah terpilih untuk menglibatkan diri dalam membantu perusahaan ini di bawah program SME Corporation. Penglibatan pelajar terbabit bersama perusahaan ini selama tiga bulan bermula pada Mei 2011 hingga Ogos 2011. Penglibatan para pelajar selama tiga bulan ini akan membantu perusahaan minyak urut MW memasarkan produk dan meningkatkan jualan produk sekaligus membuat masyarakat mengenali produk minyak urut MW. InsyaAllah.


Usaha sama antara UniSZA dan SME Corporation

Blog Rasmi Minyak Urut MW.

Salam kepada semua...
Tujuan blog minyak urut MW ini dibuat untuk meng'update' semua aktiviti yang berkaitan dengan minyak urut MW. Blog ini juga merupakan salah satu medium kepada para pengguna sedia ada atau bakal pengguna untuk berhubung secara terus kepada pemilik blog. Selain blog ini (www.minyakurutmakwan.blogspot.com), pengguna juga boleh mengetahui perkembangan semasa minyak urut MW melalui laman sosial facebook (search Minyak Urut Mak Wan). Group untuk pengguna produk ini juga telah ditubuhkan. Mana-mana pengguna boleh 'join group' ni kat facebook untuk memberi sebarang respon dan memesan produk. Jom ramai-ramai LIKE page minyak urut MW kat facebook dan join group ni.=)