Thursday, 29 October 2015

Jom datang ke Festival Pesona Terengganu 2015 dan dapatkan pelbagai produk keluaran Mak Wan dan Koleksi Idaman Wanita di booth kami bernombor 75 ... Pelbagai produk menarik boleh didapati dan juga produk-produk kesihatan sedia menanti anda di sini. Semua dijemput hadir.   


                          Tarikh: 29 , 30 & 31 Oktober 2015
                          Hari: Khamis, Jumaat & Sabtu
                          Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
                          Masa: 10 pagi -10 malam
























Friday, 9 October 2015



Jom like laman page baru Mak Wan ... Mak Wan Minyak Panas https://www.facebook.com/Mak-Wan-Minyak-Panas-952240134818…/ , laman intstagram baru kami minyaktradisimakwan dan juga blog terbaru kami minyaktradisimakwan.blogspot.com .
Health Care Administration
Mak Wan Minyak Panas's photo.


Mak Wan Minyak Panas







Wednesday, 30 September 2015

Kunjungi dan dapatkan produk-produk Minyak Ubat dan Urut Tradisional keluaran Mak Wan dan juga produk-produk keluaran Lawi Teja di MATRADE Pavilion di Ekspo Herbal Asia 2015 ... di booth kami bernombor E 316 dan juga di gerai FAMA ... semua dijemput hadir.    
                
       Hari: Khamis, Jumaat & Sabtu         
       Tarikh: 1, 2 & 3 Oktober 2015          
       Tempat: MATRADE Exhibition & Convention Centre,                               Kuala Lumpur, Malaysia.













Friday, 4 September 2015



Latihan Praktikal atau Latihan Industri dari Pelajar-pelajar UITM, Puncak Alam, Selangor

Kumpulan kedua, iaitu seramai 6 orang pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UITM) iaitu Abdul Rahman Aiman bin Rosli, Muhd Badrulhisham bin Sulaini, Nur Amirah binti Apidi, Nurul Aina binti Jusoh @ Mohd, Nurul Haswani binti Embong dan Puteri Nurul Syahirah binti Md. Dan telah menyertai dan menjalani sesi Latihan Industri Untuk Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Farmasi (PH210) Fakulti Farmasi, UITM Kampus Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan. 

Latihan Industri bagi subjek PHC 555 : Industrial Attachment ini telah bermula pada 13 Julai hingga 4 September 2015 iaitu selama 8 minggu. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang industri pembuatan khususnya yang melibatkan ubat-ubatan dan  juga GMP ( Good Manufacturing Practice ).

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua para pelajar Latihan Industri -K.I.W. ( Koleksi Idaman Wanita) ini yang telah menjalani latihan kursus ini dengan penuh berdedikasi, bersemangat  dan maju jayanya, alhamdulillah. Tahniah !












































Latihan Praktikal atau Latihan Industri dari Pelajar-pelajar CUCMS

 Sebanyak dua kumpulan pelajar-pelajar  telah menjalani Latihan Praktikal atau Latihan Industri  di kilang Mak Wan baru-baru ini.  Seramai 5 orang pelajar-pelajar atau kumpulan pertama dari Cyberjaya University College of Medical Sciences ( CUCMS ), Cyberjaya iaitu Nor Aishah binti Abdul Manam, Nurul Amira binti Mat Jusoh, Farhana binti Mohd. Pauzi, Nur Nadhirah binti Azmi dan Muhammad Faiz bin Nordin telah menyertai dan menjalani sesi latihan praktikal atau Industrial Training di Kilang Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita. Sesi Latihan Industri ini telah bermula dari 14 Jun sehingga 15 Julai 2015. Mak Wan dan Koleksi Idaman Wanita mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada para peserta latihan ini semua kerana telah berjaya menjalani latihan praktikal ini dengan penuh berdedikasi, berhemah dan maju jayanya. Jazaakumullahu khairul jazaak ! Tahniah !







\






Monday, 31 August 2015

Program Latihan SIRIM 4 : 2014 Amalan Baik dalam Pelaksanaan Pengurusan Keselamatan Perjalanan oleh Penceramah Puan Khatijah Hashim, seorang Perunding Kanan di Seksyen Pembangunan dan Perundingan Standard, Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Standard SIRIM Berhad. 

Nurul Aina Jusoh @ Mohd, wakil syarikat Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita (K.I.W.) telah menyertai proram latihan ini yang diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan asas pendedahan asas pengetahuan kepada usahawan-usahawan di malaysia terutama industri kecil dan sederhana (IKS) mengenai keperluan dan kepentingan untuk mempunyai sistem pengurusan keselamatan perjalanan yang baik. Melalui penyertaaan prorgam ini, syarikat akan didedahkan mebgenai amalan-amalan baik yang telah terbukti dapat menyumbang kepada penambahbaikan pengurusan keselamatan perjalanan untuk dipraktik dalam organisasi masing-masing.


Selain itu, program latihan ini turut bertindak sebagai platform untuk interaksi secara aktif antara peserta program bagi bertukar-tukar maklumat, pendapat, buah fikiran dan pengalaman. 


Puan Khatijah Hashim, penceramah bagi program ini adalah seorang Perunding Kanan di Seksyen Pembangunan dan Perundingan Standard, Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Standard, SIRIM Berhad. Beliau telah terlibat dalam aktiviti penstandardan Kebangsaan dan Antarabangsa hampir 30 tahun dengan menyelia perancangan, pemantauan prestasi jawatankuasa teknikal dan kumpulan kerja dan penyediaan latihan aktiviti stardardisasi. Selain itu, beliau telah terlibat sebagai penyelaras SIRIM dalam beberapa SWO seperti LGM, IFEM dan Jabatan Pengairan dan Sairan Malaysia bagi standard sektor tertentu.






    Seminar RTC Kawalan Ubat Tradisional Dan Produk Kosmetik 2015 (Zon Timur) oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk usahawan RTC dan Pengilang Ubat Tradisonal dan Kosmetik yang terletak di Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) yang diadakan di Grand Riverview Hotel, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada 11-12 Ogos 2015. Seramai 2 orang wakil syarikat Mak Wan atau Koleksi Idaman Wanita (K.I.W.) telah menyertai kursus ini, iaitu Muhd. Badrulhisham bin Sulaini dan Abdul Rahman Aiman bin Rosli.

    Bengkel ini adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan kawalan ubat tradisonal dan produk kosmetik di Malaysia, memberi kemahiran asas kepada para peserta mebuat pendaftaran ubat tradisional dan notifikasi produk kosmetik di atas talian dan juga memberi kefahaman asas berkaitan keperluan Amalan Perkilangan Baik dan Amalan Edaran Baik.